sesi #01
Shah Azman
Motion Grapher / Brand Identity
Shah Azman merupakan seorang designer yang mempunyai pemikiran yang luar biasa. Jika bersembang mengenai konsep dan arah tuju sesuatu seni, dia mempunyai ideanya yang tersendiri dan berlainan berbanding orang lain. Terkenal dengan galeri gambar hitam putihnya dan juga kehebatannya dalam bidang video, Shah kini telah melangkah lebih jauh kehadapan dengan bidang baru yang diceburinya.
masa bacaan :( perkataan)
Dulu kau bekerja sebagai seorang motion artist, tapi sekarang, kau berubah arah ke arah bidang fesyen, boleh ceritakan sedikit sebanyak pasal perubahan yang berlaku ni?
Sejak bekerja sebagai motion artist, di tempat kerja lama aku iaitu Motiofixo, aku dalam keadaan mencari-cari sesuatu yang baru, sesuatu yang lain untuk aku buat. Perubahan angin. Selama 5 tahun bekerja di sana, aku dapat rasakan yang sudah tiba masanya untuk aku berubah. Cukup dengan kerja motion graphic ni, mulakan sesuatu yang baru. Cuba untuk buat sesuatu yang lain. Tapi pasrah, sebab buntu tak jumpa apa yang aku mahukan. Namun, Alhamdulillah, jodoh Tuhan kenalkan aku dengan Ana Abu, yang mana sekarang wife aku, aku baru terbuka minda yang masih ada sesuatu di luar yang aku baru kenal dan aku boleh gunakan skill yang ako pelajari selama di industri kreatif ini dan gunakannya untuk aku usahakan sesuatu yang lain, yang mana untuk membangunkan brand Ana Abu ni. Pada awalnya, aku berasa yang aku mungkin tak boleh untuk bangunkan branding Ana Abu ni bersama-sama dengan dia tapi selepas berbincang dan aku berpendapat yang benda ni mungkin aku boleh cuba untuk berjinak-jinak dan bermain-main dengan industri fesyen dan jadikannya penyelamat aku. Aku percaya yang label ini kami masing-masing boleh bangunkan bersama dan jadikannya sesuatu yang baru dan lain dari yang lain di tanah air kita. Pemikiran kreatif kami sama memudahkan kami untuk bangunkan label ini dengan mudah.
Keputusan yang kau buat ni dapat sokongan dari keluarga? Kawan-kawan?
Alhamdulillah, aku mempunyai keluarga yang menyokong segala jenis keputusan yang aku telah buat selama ini. Setiap keputusan yang aku telah buat dalam hidup aku, memang tiada halangan untuk ahli keluarga aku. Teringat masa aku beritahu keluarga aku tentang keputusan aku untuk berhenti kerja di MotioFixo, mereka tidak kisah dengan keputusan yang aku buat tu. Dalam erti kata lain, bukanlah mereka tidak sayangkan aku, cuma mereka percaya dengan aku, dan apa yang aku ingin kejar. Bagi kawan-kawan, semuanya boleh kata sporting dan sokong dengan apa yang aku ingin perjuangkan. Kebanyakkan kawan-kawan aku datang dari latar belakang yang sama, dalam bidang seni. Mereka semua banyak membantu aku dan memberikan sokongan moral. Alhamdulillah, semuanya tiada masalah.
Jangka masa kau bekerja di MotioFixo adalah 5 tahun. Agak lama kau berada di industri. Boleh kata nama kau agak sinonim dengan motion graphic. Adakah kau tak rasa rugi bila dah lama bertapak di industri, tukar haluan, dan buat sesuatu yang berlainan.
Sejak dari dulu lagi, aku jenis yang tidak ambil kisah tentang nama. Satu masa dulu pernah rakan sepejabat suruh aku menyertai conference di merata tempat untuk aku luaskan lagi pengaruh dan juga nama aku. Aku rasa benda remeh temeh tu tak perlu pun. Mungkin bagi sesetengah individu, itu adalah cara untuk menjadi terkenal, tapi bagi aku, aku tak kejar benda-benda kemahsyuran ni. Aku tak berminat untuk menjadi orang yang terkenal. Contoh kata seperti apa yang aku cuba buat sekarang. Aku ingin bangunkan brand Ana Abu bukan untuk diri sendiri, bukan untuk orang ramai sebut-sebutkan nama aku. Malahan aku tak pernah minta penghargaan dari Ana untuk sebut-sebutkan nama aku di sebalik setiap benda yang aku buat untuk brand ni. Aku rasakan benda itu semua remeh-temeh. Secara tidak langsung, bukanlah aku berasa bongkak atau angkuh, namun aku juga berasa seronok bila orang ramai kenal dan tahu siapa aku. Aku ambil semua ini penghargaan orang ramai, tapi aku tak rasa itu adalah sesuatu yang perlu aku kejar.